Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Bawa Aura Positif Ke Stadium Bandaraya

Last updated Monday, Nov 01, 21:21

Bawa Aura Positif Ke Stadium Bandaraya

Kemarau kemenangan akhirnya dinoktahkan. 

Di hadapan lebih 600 penyokong yang dibenarkan masuk ke stadium selepas lebih setahun, kita melakar kemenangan yang lama dinantikan ke atas Penang FC menerusi dua jaringan Malik Mat Ariff dan satu masing-masing dari Manuel Hidalgo dan Abubakar Yakubu

Terima kasih rodong yang hadir meminjamkan suara di Stadium Darul Makmur, terima kasih kerana terus berdiri teguh bersama kami. Benarlah kata Nick Swirad, kehadiran anda x-factor buat Sri Pahang. 

Melihat senyuman dan kegembiraan yang terpancar di wajah barisan pemain, barisan kejurulatihan dan penyokong-penyokong tok gajah, kita sedar inilah nikmat yang sekian lama hilang. 

Suasana di bilik persalinan kembali ceria tetapi sudah tentu kita tidak boleh berhenti di sini. 

Penting untuk kita mengekalkan momentum yang tercipta ini dalam tiga perlawanan berikutnya bermula dengan aksi menentang Penang FC sekali lagi pada 2 November untuk mengetuk pintu ke suku akhir Piala Malaysia. 

Kali ini kita bertandang ke Stadium Bandaraya, dengan keyakinan dan semangat yang dibaikpulih, dengan mentaliti positif.


->>Tunjuk sokongan padu anda dengan memakai pelitup muka rasmi Sri Pahang. Klik sini untuk tempahan sekarang juga.


Memetik kata-kata jurulatih, Dollah Salleh, “Kita tidak boleh terbuai dengan kemenangan ini tetapi ia cukup bagus untuk moral pemain dan harus menjadi pemangkin untuk kebangkitan kita. 

“Saya gembira kita masih kekal dalam saingan dan mahu pemain-pemain berikan segala apa yang mereka mampu demi Sri Pahang dan demi penyokong.”

Ayuh rodong, semarakkan sokongan anda.

Loading...