Last updated Wednesday, Sep 01, 13:58
Seluruh warga Sri Pahang merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada 'orang besi' Dickson Nwakaeme, yang secara rasminya membuat keputusan menoktahkan karier sebagai pemain pada usia 35 tahun.
Dickson mewakili Sri Pahang dua kali dari 2014 - 2015 dan 2019 - 2020 di mana dia membina nama dan reputasi sebagai salah seorang pemain import terbaik pernah disaksikan dalam jersi tok gajah.
Bintang dari Nigeria ini mencipta impak segera pada musim pertamanya dengan membantu Sri Pahang menjulang kejuaraan berganda Piala FA dan Piala Malaysia 2014; serta muncul naib juara Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2019.
Bukan sahaja di atas padang, malah Dickson turut membina hubungan yang baik bersama penyokong-penyokong di Darulmakmur maka tidak hairanlah dia begitu disenangi dan disayangi, sekaligus tidak keterlaluan dikatakan memahat status legenda Sri Pahang.
Sumbangan besar Dickson kepada Sri Pahang akan selamanya dikenang dan kelibatnya akan sentiasa dirindui, selamat bersara, Dickson Nwakaeme!
->> Muat turun aplikasi SriPahangFc di Google Play Store dan App Store untuk tidak terlepas berita dan perkembangan terkini kelab.