Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Dollah Akui Pengalaman AFC Menjadi Faktor Pemisah

Last updated Monday, Sep 12, 18:17

Sri Pahang FC akur dengan kekalahan kedua berturut-turut di laman sendiri, kali ini tewas 0-2 di tangan KL City.

Jaringan oleh Haqimi Azim Rosli pada minit ke-31 dan Zhafri Yahya pada minit ke-72 menghadiahkan KL City tiga mata di Stadium Darulmakmur. 

Pengendali pasukan, Dato' Dollah Salleh mengakui momentum dan rentak pasukan sedikit terjejas gara-gara berehat terlalu lama, iaitu selama 20 hari sejak aksi terakhir menentang Terengganu pada 21 Ogos lalu.

Malah beliau juga berpendapat pasukan tewas dalam aksi ini kerana faktor pengalaman yang jauh memihak kepada skuad kendalian Bojan Hodak itu yang baru sahaja mengesahkan tempat di final Piala AFC Antara Zon pada minggu lalu.

"Memang, malam ini kita serba tidak menjadi, dengan keadaan padang becak dan basah, pemain tidak dapat sesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

"Selain itu, kita juga tahu KL City pasukan berpengalaman, saya memang sudah ingatkan kepada pemain bukan senang lawan mereka, pengalaman mereka bermain di Piala AFC dan sedang berada dalam momentum yang baik, jadi kita agak kalah di situ dengan KL City," ujar Dollah. 

Kekalahan kesembilan musim ini menyaksikan kita kekal di tangga kesembilan dengan 21 mata, dengan hanya empat perlawanan berbaki untuk musim berakhir. 

Sri Pahang selepas ini akan berehat pula selama 19 hari sebelum bertandang ke Kuching untuk pertembungan dengan pasukan Sarawak United pada 1 Oktober. 

Loading...