Last updated Monday, Jan 03, 21:51
Sri Pahang FC berbesar hati mengumumkan bekas jurulatih Dollah Salleh telah dilantik sebagai pengurus pasukan bagi saingan Liga Malaysia musim 2022.
Beliau akan dibantu oleh Dato’ Che Nasir Salleh sebagai penolong pengurus.
Dollah Salleh nama yang bukan lagi asing dalam arena bolasepak Pahang, beliau telah berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan ini sejak 2017.
Pada awal musim lalu, Dollah Salleh telahpun dilantik sebagai pengurus pasukan namun kemudiannya mengambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih dari Thomas Dooley selepas dua perlawanan sehingga berakhir musim.
Sementara itu, Haji Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi pula akan bertindak sebagai penolong kepada Christophe Gamel yang dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan.
Ahmad Yusof pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih bersama beberapa pasukan Liga Super sebelum menyertai Sri Pahang sebagai penolong jurulatih pada 2020.
Manakala Ahmad Shaharuddin pula telah berada dalam barisan kejurulatihan Sri Pahang sama ada sebagai ketua jurulatih mahupun penolong sejak 2010.
Kedua-dua mereka diyakini dapat bekerjasama erat bersama Christophe Gamel dan memanfaatkan pengalaman masing-masing untuk melonjakkan semula prestasi Sri Pahang.
Turut menyertai barisan kejurulatihan Sri Pahang musim baru adalah Rais Dermawan Kamarudin yang sebelum ini berkhidmat bersama skuad Piala Presiden, beliau akan bertindak sebagai jurulatih penjaga gol.
Seorang lagi bekas pemain, Jalaluddin Jaafar pula kembali ke dalam skuad sebagai Pegawai Tadbir Pasukan.
*Berikut senarai penuh barisan pengurusan pasukan Sri Pahang FC 2022 : *
Ketua Pegawai Eksekutif : Datuk Suffian Awang
Pengurus pasukan : Dollah Salleh
Penolong pengurus : Dato’ Che Nasir Salleh
Ketua jurulatih : Christophe Gamel
Penolong jurulatih 1 : Haji Ahmad Yusof
Penolong jurulatih 2 : Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi
Jurulatih Penjaga Gol : Rais Dermawan Kamarudin
Jurulatih kecergasan : Mohamad Hafiz Tajuddin
Doktor pasukan : Dato’ Dr Shahrezal Sujit Baskaran
Fisioterapi : Adam Zuhairy Zafri
Masseur : Mohd Riduan Amin
Pegawai media : Sheikh Amiruddin Sirajuddin
Kitman 1 : Suffian Sulaiman
Kitman 2 : Ahmad Faizal Ibrahim
Pegawai tadbir pasukan : Jalaluddin Jaafar
Pegawai keselamatan : ASP Mohammad Kenny Anyie Abdullah