Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Dollah Salleh gembira, bangga dengan komitmen pemain.

Last updated Wednesday, Sep 01, 15:11

Ketua jurulatih, Dollah Salleh tetap memberikan kredit kepada barisan pemain Sri Pahang walaupun gagal untuk melakar kemenangan dalam aksi pertama Liga Super selepas lebih dua bulan berehat, setelah seri 1-1 menentang Melaka United. 

Aksi di Stadium Darulmakmur menyaksikan Sri Pahang mendahului seawal minit pertama menerusi tandukan Manuel Hidalgo yang menerima hantaran Malik Mat Arif namun gagal mencari tambahan jaringan walaupun memiliki beberapa peluang termasuk menerusi sepakan penalti Herold Goulon pada minit ke-70. 

Melaka United bimbingan Zainal Abidin Hassan berjaya mencuri satu mata setelah menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum tamat permainan menerusi Wan Zaharulnizam Zakaria. 

Sambil mengakui kehilangan dua mata sebagai mengecewakan, Dollah Salleh bagaimanapun mengatakan beliau berpuas hati dengan komitmen dan kerja keras ditunjukkan pemain apatah lagi ini perlawanan berintensiti pertama selepas rehat panjang.


->> Muat turun aplikasi SriPahangFc di Google Play Store dan App Store untuk tidak terlepas berita dan perkembangan terkini kelab.



"Kita bermula dengan baik, saya memberi kredit kepada pemain-pemain atas kerja keras mereka dan berbangga rata-rata memberi komitmen 100 peratus.

"Kita juga ada peluang menerusi penalti tapi sayangnya kita tak dapat manfaatkan, manakala percubaan pada minit akhir terkena tiang. Memang tiada rezeki kita malam ini untuk meraih kemenangan.

"Kita sasar tiga mata, tapi dapat satu mata kira ok lah, saya terima hakikat cuma itulah, apa yang saya bimbang akan berlaku akhirnya berlaku juga.

"Saya ada katakan sebelum perlawanan takut pemain keletihan di hujung permainan sebab kita kekurangan match fitness selepas berehat dua bulan.

"Ia benar-benar berlaku pemain nampak keletihan ketika minit-minit akhir khususnya pertahanan dan ini membolehkan Melaka ambil kesempatan. Memang saya dah jangka benda ni kerana kita tiada perlawanan persahabatan berintensiti tinggi," ujar Dollah Salleh.

Loading...