Last updated Wednesday, Sep 01, 15:25
Keberkesanan gandingan Manuel Hidalgo dan Abdul Malik Mat Ariff di barisan depan Sri Pahang FC, menggembirakan ketua jurulatih Dollah Salleh.
Masing-masing cemerlang ketika menentang Melaka United dan Sabah FC justeru beliau berharap dua pemain itu akan terus memberi impak dan memainkan peranan penting untuk membantu pasukan melakar kemenangan ke atas PJ City dalam aksi seterusnya pada 1 Ogos ini.
“Kalau nak bercakap pasal prestasi, mereka semakin mantap cuma macam biasa kita sentiasa cuai dan leka pada minit-minit akhir.
“Saya berpuas hati dengan apa yang telah ditonjolkan mereka dalam dua perlawanan sebelum ini, cuma kelekaan itu yang membuatkan kita seri.
“Kali ini, saya harap mereka dapat kekalkan prestasi terutamanya gandingan di hadapan iaitu Malik dan Hidalgo kerana kalau kita tengok aksi sebelum ini, pergerakan daripada mereka di depan menghidupkan pasukan.
“Jadi sudah berapa perlawanan mereka bersama, dan saya percaya kedua-dua pemain ini akan dapat beri lebih lagi untuk menewaskan PJ City," ujarnya.
->> Muat turun aplikasi SriPahangFc di Google Play Store dan App Store untuk tidak terlepas berita dan perkembangan terkini kelab.
Sri Pahang ketika ini di kedudukan ke-10 Liga Super dengan 14 mata, hanya satu mata di atas zon bahaya.
Pasukan bagaimanapun masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pusingan kedua, dan telah mengharungi lima perlawanan tanpa tewas.