Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Fandi Positif Sri Pahang Bermula Langkah Kanan

Last updated Saturday, Feb 25, 22:45

Selama tiga musim berturut-turut, Sri Pahang FC membuka tirai saingan Liga Super dengan kekalahan. 

Pada 2020 dan 2021 tewas kepada Selangor manakala pada 2022 tewas kepada Kedah Darul Aman.

Ketua jurulatih, Fandi Ahmad mahu rekod tidak bagus itu berubah kali ini, beliau tidak mahu lagi episod sama berulang tatkala skuad bimbingannya bertandang ke Paroi untuk menentang Negeri Sembilan pada Ahad, bagi aksi pembukaan Liga Super 2023.

Beliau positif melihat persiapan pra-musim dan menyatakan barisan pemain sudah bersedia untuk memulakan saingan dengan langkah kanan dan menjadi antara pasukan pencabar musim ini. 

“Kita dalam landasan yang betul, pra-musim telah memberi peluang kepada skuad untuk memantapkan aspek-aspek yang patut termasuk membina keserasian dan menanam keyakinan terutama dalam kalangan pemain muda. 

“Kita ada kekuatan untuk memberi saingan yang sengit, tetapi kita perlu realistik dan menghormati kekuatan semua pasukan kerana kita ramai pemain baru, masih perlu belajar dan meningkat.

"Saya sedar semua pasukan mahu buat yang terbaik tetapi saya mahu tekankan kita sudah bersedia. Semua pemain komited untuk sepak mula di Paroi dan saya boleh katakan suasana serta moral di bilik persalinan ketika ini berada di tahap yang baik,” kata Fandi kepada sripahangfc.com.my.

Mengenai kekuatan Negeri Sembilan, Fandi beranggapan pasukan kendalian K.Devan itu tetap berbahaya meskipun hanya mempertaruhkan empat import musim ini. 

"Bagi saya lebih atau kurang jumlah import sama sahaja, tidak memberi sebarang kelebihan. Yang membezakan kekuatan sesebuah pasukan adalah disiplin, atitud dan persefahaman yang ditunjukkan pemain di atas padang."


Loading...