Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Gamel Turun Bersosial, Serikan Aksi Pasukan Media dan Penyokong

Last updated Sunday, May 29, 10:59

Penyokong-penyokong setia Sri Pahang telah berpeluang untuk berentap di atas padang bersama ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel, pada Khamis lalu. 

Jika selalunya figura itu dilihat tegas dan serius memberikan arahan di tepi padang, kali ini beliau memanfaatkan waktu cuti Liga Malaysia, dengan turun bersosial memperkuatkan pasukan Media Pahang yang beraksi menentang Gate 5 FC di Stadium Darulmakmur. 

Pasukan Media Pahang dibarisi anggota media mainstream dan online di Pahang manakala Gate 5 FC pula pasukan yang diwakili oleh sekumpulan penyokong setia Sri Pahang. 

Pasukan itu turut diperkuatkan beberapa bekas pemain negeri termasuklah Khairul Shah Mamat, Shafie Shah dan Saufi Mohamad. 

Melihat Gamel beraksi, ia sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia zaman muda remaja beliau dengan sentuhan-sentuhan yang masih memukau di sebalik usianya yang kini 50 tahun. 

Kehadiran Gamel bagaimanapun tidak dapat membantu pasukan media dari mengelak kekalahan apabila tewas 2-5 pada perlawanan itu, namun keputusan perlawanan bukanlah menjadi keutamaan tatkala objektif utama adalah untuk mengeratkan hubungan serta silaturahim antara media dan juga penyokong di Pahang.

Loading...