Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Kevin : Bolasepak di Eropah dan Asia Tenggara Ada Beza Ketara

Last updated Wednesday, Jul 20, 08:02

Pemain tengah, Kevin Ingreso mengakui cara permainan yang tidak banyak beza dengan liga di negara Asia Tenggara lain menjadi antara faktor dia cepat serasi dengan Liga Malaysia. 

Pemain berdarah kacukan Filipina-Jerman itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua pada bulan Mei lalu, menggantikan pemain Laos, Billy Ketkeophomphone. 

Dia tidak kekok dan pantas membina keserasian malah tidak bermasalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Kuantan, sambil menjelaskan ia dibantu oleh pengalamannya beraksi di Filipina dan Thailand sebelum ini. 

“Saya pernah beraksi di Jerman, saya boleh katakan bolasepak Eropah lebih berasaskan taktikal yang disertai skill teknikal dan. Di Filipina, Thailand, Malaysia ianya agak sama dari segi fizikal dan permainan taktikal. 

“Begitu juga dengan situasi luar padang, tidak banyak perubahan pada diet atau pemakanan saya memandangkan saya sudah lama tinggal di Asia. Saya juga teringin mencuba makanan-makanan ikonik di sini. 

“Cuaca dan persekitaran lebih kurang sama di Thailand, jadi ia memudahkan saya sesuaikan diri. Rakan sepasukan juga banyak membantu melancarkan urusan saya cukup gembira berada di sini.”  

Ditanya mengenai sejauh mana dia mengenali Liga Malaysia dan apa yang membuatkannya menerima lamaran pasukan Sri Pahang, ini jawapan Kevin.

“Saya memang sering mengikuti perkembangan Liga Malaysia, banyak mendengar mengenainya daripada rakan sepasukan saya di pasukan kebangsaan yang bermain di sini. 

“Saya tahu Sri Pahang sebuah pasukan yang besar dengan sejarah yang hebat, jadi ia bukan satu keputusan sukar untuk saya buat keputusan sertai pasukan ini.” 

Kevin adalah pemain Filipina kedua menyarung jersi tok gajah selepas Adam Michael Reed pada tahun 2020. 

Ketika ini terdapat tujuh lagi pemain the azkals yang melebarkan karier di sini iaitu Manuel Ott (Terengganu); Christian Rontini (Penang FC); Justin Baas (Melaka United); Kevin Mendoza (KL City); Omid Nazari (Negeri Sembilan) serta Carli de Murga dan Bienvenido Maranon (JDT). 

Menyingkap perjalanan karier Kevin Ingreso di Asia Tenggara, pemain berusia 29 tahun ini beraksi bersama Ceres Negros pada 2015 sebelum berpindah ke Buriram United pada 2019.

Selepas membuat 34 penampilan dan membantu The Tunder Castle menamatkan saingan di tempat kedua secara berturut-turut dalam dua musim, Kevin menyertai BG Pathum United yang merupakan juara bertahan Thai League pada 2021. 

Beliau dipinjamkan ke Samut Prakan bagi baki saingan musim 2021/2022 dan kini bersama Sri Pahang secara pinjaman selama enam bulan.

Loading...