Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Matchday: Saksikan Sri Pahang FC v...

Last updated Wednesday, Sep 01, 15:22

Saksikan Sri Pahang FC v PJ City FC di Youtube Unifi


Sri Pahang FC akan turun menentang pasukan PJ City di Stadium Darul Makmur pada malam ini. Skuad tok gajah kendalian Dollah Salleh membawa misi mengekalkan rekod tanpa kalah di pusingan kedua dan memburu kemenangan penting untuk terus memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Kepada penyokong-penyokong kesayangan Sri Pahang, meskipun tidak dapat hadir memberikan sokongan di stadium disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, teruskan menyokong perjuangan pasukan di mana sahaja anda berada.

Perlawanan boleh disaksikan di saluran Youtube Unifi TV melalui pautan di bawah. 

Penyokong-penyokong juga boleh memuat turun aplikasi Sri Pahang  di Playstore dan juga App Store untuk mendapatkan berita dan perkembangan semasa pasukan selain laman SHOP yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Youtube Unifi TV: Klik sini

Loading...