Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN NAMA PASUKAN PAHANG MUSIM 2021

Last updated Wednesday, Aug 18, 15:08

HANTAR PENYERTAAN ANDA DI PAUTAN GOOGLE FORM KAMI DI BAWAH

Borang Penghantaran Penyertaan

Bagi yang berminat untuk menyertai, sila MUAT NAIK logo atau nama pasukan cadangan anda ke dalam pautan GOOGLE FORM yang disediakan.

Di ingatkan supaya anda mengikuti segala TERMA &  SYARAT pertandingan. Sebarang penyertaan yang tidak mengikuti TERMA & SYARAT yang telah di nyatakan tidak akan dilayan. 

Terma dan syarat bagi Pertandingan Mereka Cipta Logo dan Nama Pasukan Pahang Musim 2021.

Jumlah hadiah tambahan dan juga borang penghantaran atas talian akan diumumkan dan dimuatnaik pada hari SELASA , 6 OKTOBER

Syarat penuh pertandingan :-

A. SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan percuma dan terbuka kepada warga Pahang sahaja. (kad pengenalan 06 dan 33)
  2. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan menggunakan borang penyertaan rasmi. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan.
  4. Semua penyertaan yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo Sri Pahang FC (atau nama baru) menjadi hak Sri Pahang FC. Sri Pahang FC berhak ke atas logo yang terpilih, sama ada meminda atau mengubahsuai atau menambahbaik bagi tujuan menggunakannya sebagai logo rasmi.
  5. Sri Pahang FC berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan logo yang menyertai dan menang dalam perpaduan ini dalam apa-apa jua bentuk media atau medium tanpa notis atau kebenaran serta tanpa bayaran kepada peserta.
  6. Segala kos menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  7. Tarikh tutup pertandingan ialah 10 October 2020 pada jam 5 petang
  8. Semua penyertaan hendaklah di hantar secara atas talian menggunakan link ‘Google Form‘ yang telah disediakan di laman Facebook ‘Pahang FA’. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.

B. SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

  1. Ciptaan dan reka bentuk logo mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana agama, budaya dan kepercayaan mana-mana kaum.
  2. Logo harus menggambarkan ciri-ciri patriotisme dan semangat Pahang serta dapat menggambarkan kesatuan rakyat pelbagai di Pahang yang unik.
  3. Logo yang dihasilkan hendaklah mengetengahkan unsur ringkas, mudah difahami, tidak terlalu kompleks dan harus berciri futuristik dan moden.
  4. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas karya logo yang dihasilkan.
  5. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak daripada mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
  6. Reka bentuk logo hendaklah disimpan dan dihantar dalam dua format, iaitu : “Vector Graphics” (AI, SVG atau EPS sahaja) dan juga format JPEG atau PNG (800x800px, 100 dpi)
  7. Penggunaan warna koperat Biru (#003282) dan Kuning (#F9E925) adalah wajib dalam asas penghasilan logo. Tambahan warna lain adalah dibenarkan mengikut kreativiti.
  8. Pemilihan NAMA PASUKAN terbuka kepada dwi bahasa (Bahasa Melayu atau Inggeris)
  9. Tulisan JAWI nama pasukan di dalam logo akan diberi keutamaan dalam saringan.
  10. Pereka wajib memberi huraian atau pengertian secara ringkas dalam bahasa inggeris atau bahasa Malaysia bagi setiap rekabentuk logo, simbol atau warna yang digunakan pada logo yang dihasilkan. Ini juga termasuk bagi katogori pemilihan nama.

C. PANEL PENILAI

  1. Penilaian akan dibuat oleh Panel Penillai yang dilantik. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad
  2. Bagi penyertaan yang dihantar, para peserta hendaklah bersetuju dengan syarat yang ditetapkan dan sebaran tuntutan mahupun bantahan tidak dilayan.
  3. Panel penilai dan urus setia pertandingan berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

D. HADIAH

Hadiah kepada pemenang bagi pertandingan ini ialah:

Pemenang (Pereka LOGO): RM 4000 + (hadiah tambahan akan diumumkan)
Pemenang (Pereka NAMA) : RM 4000 + (hadiah tambahan akan diumumkan)

*Hanya satu pemenang pereka logo dan satu pemenang pereka nama
Atau satu pemenang pereka Logo dan Nama





Loading...