Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

SPFC, Extra Joss Laksana Korban Dekati Masyarakat di Temerloh

Last updated Monday, Jul 11, 20:28

Sri Pahang FC bersama-sama pengeluar minuman tenaga Extra Joss, telah mengimarahkan sambutan Aidiladha pada tahun ini dengan melaksanakan ibadah korban di Kampung Tanjung Besar, Temerloh pada Isnin.  

Aktiviti ini juga merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SPFC dan Extra Joss yang juga salah satu penaja pasukan. 

"Kita menyumbangkan dua ekor kerbau, sebagai tanda sokongan kepada masyarakat di sini dan juga sebahagian daripada CSR Extra Joss. Kita juga berharap penyokong akan terus memberikan sokongan kepada SPFC," ujar Ketua Pemasaran Serantau Extra Joss,  Raja Khairul Fitri.  

Hadir mewakili SPFC pada program berkenaan adalah pemain import Sherzod Fayziev dan Fandi Othman. 

Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Besar, Kamarul Zaman Din pula mengucapkan setinggi penghargaan kepada Extra Joss dan juga SPFC atas kesudian untuk 'turun padang' dan memastikan kelancaran program. 

"Secara keseluruhan kita mengorbankan lima ekor lembu dan tiga ekor kerbau, termasuk dua sumbangan oleh Extra Joss.

"Seperti biasa setiap satu korban akan dibahagikan kepada tujuh bahagian sebelum kita agihkan kepada penduduk setempat terdiri daripada golongan asnaf, orang kurang upaya, orang-orang tua dan sebagainya.

"Terima kasih kepada Extra Joss dan SPFC yang sudi bersama kita untuk program ini," ujar Kamarul Zaman.

Loading...