Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Sri Pahang 2-0 KDAFC, Disiplin Mantap Kunci Kemenangan

Last updated Thursday, Aug 04, 02:24

Buat pertama kalinya musim ini, Sri Pahang berjaya melakar dua kemenangan secara berturut-turut.

Selepas menewaskan Selangor FC 2-0 pada Rabu lalu, satu lagi kemenangan menyusul malam tadi, kali ini menewaskan Kedah Darul Aman FC juga dengan keputusan 2-0. 

Dua jaringan penyerang import, Steven Rodriguez memberikan kemenangan yang cukup bermakna di hadapan penyokong sendiri, lantas membantu pasukan membalas dendam kekalahan 1-3 di tempat lawan pada pusingan pertama. 

Mengulas mengenai kemenangan yang cukup penting ini, ketua jurulatih, Dato' Dollah Salleh berkata semua pemain memainkan peranan dengan baik dan tampil dengan mentaliti yang cukup positif sepanjang perlawanan.

“Walaupun masih belum dapat (corak) permainan yang dikehendaki, tetapi saya masih bangga dengan disiplin yang ditunjukkan, terutamanya di bahagian pertahanan.

“Nampak pemain bekerjasama walaupun masih ada juga kesilapan dilakukan. Namun saya percaya benda itu boleh diperbaiki. Itu saya cakap, disiplin dalam padang nampak mantap sekarang. Tahniah kepada semua pemain,” ujarnya. 

Tiga mata yang diraih memastikan Sri Pahang kekal di tangga kesembilan dengan 14 mata dan masih belum tercicir jauh dari kelompok empat teratas.

 

Loading...