Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Sri Pahang berhasrat jadikan aplikasi sebagai platform interaksi terbaik antara penyokong dan pasukan.

Last updated Wednesday, Sep 01, 15:17

Aplikasi SriPahangFC telah dilancarkan di Hotel Grand Makmur pada 24 Februari tahun lalu dan mendapat sambutan baik daripada para penyokong menandakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Sri Pahang.

Malangnya, hasrat Sri Pahang untuk memanfaatkan sepenuhnya aplikasi ini tergendala berikutan penularan covid-19 pada awal permulaan musim Liga Malaysia (Liga M) 20/21.

Tujuan asal aplikasi ini dibangunkan adalah untuk memudahkan para penyokong mendapatkan maklumat seperti jadual perlawanan, kedudukan pasukan dalam carta liga, perkembangan semasa pasukan, berita rasmi daripada Sri Pahang dan juga mengenai merchandise rasmi Sri Pahang FC.




->> Muat turun aplikasi SriPahangFc di Google Play Store dan App Store untuk tidak terlepas berita dan perkembangan terkini kelab.



Kini Sri Pahang komited untuk "menghidupkan" kembali aplikasi ini dengan beberapa perancangan yang telah dirangka supaya mendapat hasil yang terbaik buat semua. 

Perancangan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di aplikasi ini.

Usaha ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada Sri Pahang kepada para penyokong yang sentiasa bersama memberi sokongan terhadap pasukan.

Sri Pahang menyeru para penyokong menjadi sebahagian daripada Sri Pahang dengan memuat turun dan mendaftar di dalam aplikasi ini.

Muat turun sekarang juga aplikasi SriPahangFC di Google Play Store dan juga App Store.

Loading...