Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

Sri Pahang rancang adakan perlawanan persahabatan pada fasa kedua latihan.

Last updated Wednesday, Sep 01, 15:08

Sri Pahang FC semakin giat mempersiapkan pasukan untuk mengharungi baki saingan Liga Super yang akan bermula 24 Julai ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang berkata sesi latihan pasukan dibimbing Dollah Salleh ketika ini sudah memasuki fasa kedua dan merancang untuk mengadakan setidak-tidaknya dua aksi persahabatan sebelum liga kembali bersambung.

"Alhamdulillah semuanya lancar, kita telah turun untuk Camp Based Training bermula bulan lepas, yang mana fasa pertama berlatih di Pekan selama dua minggu dan kemudiannya kita rehat lebih seminggu. 

"Kini sudah masuk fasa kedua latihan dan bagi melancarkan lagi persiapan, kita merancang adakan perlawanan persahabatan menentang Kelantan United dan TFC II," kata Datuk Suffian. 


->> Muat turun aplikasi SriPahangFc di Google Play Store dan App Store untuk tidak terlepas berita dan perkembangan terkini kelab.


Beliau juga menjelaskan Sri Pahang tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan sehingga kini disebabkan kenaikan mendadak kes Covid dan pelaksanaan PKPD. 

"Kalau nak buat friendly kena ikut SOP yang sangat ketat jadi pengurusan sangat ambil serius perkara ini. 

"Sebab itu kita tunggu fasa kedua latihan, baru buat friendly dan itupun pilih pasukan yang berada dalam zon risiko rendah. Lagipun Pahang dalam zon PKPD dan belum masuk fasa kedua, tak boleh buat friendly sekarang," ujar Datuk Suffian. 

Sri Pahang dijadual menyambung semula aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Darulmakmur pada 25 Julai disusuli Sabah pada 28 Julai.

Loading...