Sri Pahang FC

NEWS

Card image cap

VOLTRA menjadi penaja pakaian rasmi pasukan Piala Belia dan Presiden Sri Pahang.

Last updated Wednesday, Sep 01, 14:03

Sri Pahang FC dengan sukacitanya mengumumkan telah memeterai perjanjian kerjasama bersama jenama pakaian sukan tempatan, Voltra

Menerusi kerjasama ini, Voltra akan secara rasminya menaja jersi home, away, jersi ketiga serta kit latihan bagi pasukan Piala Belia dan Piala Presiden Sri Pahang dengan nilai keseluruhan tajaan adalah RM100,000. 

Majlis penajaan ringkas yang diadakan di Pekan, telah dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang Datuk Suffian Awang dan Pengarah Urusan Voltra, Mohd fahmi mohammad fabilah. 

Fahmi berkata mereka terpanggil untuk menjalinkan kerjasama selepas terdahulu berkolaborasi dengan Real Chukai FC, Petronas MotoGP, Malaysia Airlines certa barangan cenderamata Perak FC. 

"Kami di Voltra sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada skuad Sri Pahang dan kita bermula dengan pasukan Piala Belia dan Presiden, supaya orang di luar sana kenal dulu jenama Voltra.

"Lagipun pada waktu sekarang semua pasukan Liga Super atau Liga Premier sudah ada penaja. Dengan kualiti pakaian sukan daripada syarikat kami, saya percaya kita ada potensi yang besar untuk meluaskan lagi penajaan dalam Liga Malaysia di masa akan datang," kata Fahmi.


->> Muat turun aplikasi SriPahangFc di Google Play Store dan App Store untuk tidak terlepas berita dan perkembangan terkini kelab.


Dalam pada itu, Datuk Suffian menganggap kerjasama yang terjalin sebagai satu suntikan motivasi yang cukup baik kepada pasukan Piala Belia dan Piala Presiden. 

“Kami di Sri Pahang sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas sokongan yang telah dizahirkan oleh pihak Voltra pada ketika pelbagai cabaran disebabkan pandemik Covid-19 dan berharap agar lebih banyak syarikat swasta tempatan dapat tampil ke hadapan bagi memeriahkan lagi arena bolasepak tempatan.

Loading...